Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Sewaktu Rasulullah S.A.W. duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: `Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: `Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: `Sila terangkan kepada kami tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasulullah S.A.W.: `Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhannya, sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi. Sembahyang maghrib itu adalah saat Allah S.W.T. menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang telah dikerjakan oleh para Rasul sebelumku, sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah S.A.W. maka mereka berkata: `Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?'

Rasulullah S.A.W. bersabda: `Jagalah waktu-waktu sembahyang terutamanya sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahannam. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: `Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasulullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: `Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian dia meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasulullah S.A.W.: `Sembahyang Isya' (atamah). Katakanlah kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyyang Isya' berjamaah Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka, dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi Sirath.'
Sabda Rasulullah S.A.W. seterusnya: `Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu :-
Dibebaskan daripada api neraka.
Dibebaskan daripada nifaq.' 

Setelah orang-orang Yahudi itu mendengar penjelasan daripada Rasulullah S.A.W. maka mereka berkata: `Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W.). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasulullah S.A.W.: `Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut pada perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari, sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.' 

Kata orang Yahudi: `Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan pula kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi daripada puasa itu.'
Sabda Rasulullah S.A.W.: `Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah tujuh perkara :-
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
Dijauhkan daripada merasa lapar dan haus.
Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
Diberi cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberangi titian Sirath.
Allah S.W.T. akan memberinya kemuliaan di Syurga.'
Kata orang Yahudi: `Benarlah apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami kelebihanmu antara semua para Nabi.' 

Sabda Rasulullah S.A.W.: `Seorang Nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya. Tetapi saya tetap menyimpan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari Kiamat).'
Kata orang Yahudi: `Benarlah apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Anlla ilaha illallah, wa asyhaduan namuhammadur Rasulullah (Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah).'"

Categories:

0 komentar:

Posting Komentar